Friday, September 2, 2016

Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka



PENGENALAN

Salam Sejahtera.Tujuan membuat blog ini adalah untuk memenuhi tugas yang diberi oleh pensyarah Pengajian Malaysia iaitu Pn.Fadzilah.Blog kami lebih tertumpu kepada tajuk Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka di tanah Melayu sepenuhnya.

      *KERAJAAN MELAYU MELAKA:

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, pada tahun antara 1400 hingga1403.
Parameswara merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja Srivijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura Lama dan berkuasa selama 48 tahun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh puteranya Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) yang kemudian diteruskan oleh cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399). Pada tahun 1401, Parameswara putrra dari Seri Rana Wira Kerma, mengungsi dari Tumasik setelah mendapat penyerangan dari Majapahit.
Parameswara pada awalnya menjadi raja di Singapura pada tahun 1390-an. Negeri ini kemudian diserang oleh Jawa dan Siam, yang memaksanya berpindah lebih ke utara. Kronikal Dinasti Ming mencatat Parameswara telah tinggal di ibukota baru di Melaka pada 1403, tempat armada Ming yang dikirim ke selatan menemuinya. Sebagai balasan ufti yang diberikan Kekaisaran China menyetujui untuk memberikan perlindungan pada kerajaan baru tersebut.
Parameswara kemudian menganut agama Islam setelah menikahi seorang puteri dari Pasai. Laporan dari kunjungan Laksamana Cheng Ho pada 1409 melaporkan bahawa pada saat itu Parameswara masih berkuasa, dan raja dan rakyat Melaka sudah menjadi Muslim. Pada 1414 Parameswara digantikan puteranya, Megat Iskandar Shah.
Megat Iskandar Shah memerintah selama 10 tahun, dan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah. Putera Sultan Muhammad Shah yang kemudian menggantikannya, Raja Ibrahim, dilihat tidak menganut agama Islam, dan mengambil gelaran Seri Parameswara Dewa Shah. Namun masa pemerintahannya hanya 17 bulan, dan dia mangkat kerana terbunuh pada 1445, masyarakat Melaka menggelarnya Sultan Abu Syahid. Saudara seayahnya, Raja Kasim, kemudian menggantikannya dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.
Di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka melakukan ekspansi di Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera (Kampar dan Inderagiri). Ini memancing kemarahan Siam yang menganggap Melaka sebagai bawahan Kedah, yang pada saat itu menjadi vassal Siam. Namun serangan Siam pada 1455 dan 1456 dapat dipatahkan oleh Melaka.
Di bawah pemerintahan raja berikutnya yang naik takhta pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah, Melaka menyerbu Kedah dan Pahang, dan menjadikannya negara vassal. Di bawah sultan yang sama Johor, Jambi dan Siak juga takluk. Dengan demikian Melaka mengendalikan sepenuhnya kedua pesisir yang mengapit Selat Malaka.
Sultan Mansur Shah berkuasa sehingga baginda mangkat pada 1477. Baginda digantikan oleh puteranya Sultan Alauddin Riayat Shah. Sultan ini memerintah selama 11 tahun, saat baginda meninggal dan digantikan oleh putranya Sultan Mahmud Shah.
Sultan Mahmud Shah memerintah Melaka sehingga tahun 1511, saat ibu kota kerajaan tersebut diserang tentera Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Serangan dimulai pada 10 Ogos 1511 dan berjaya ditawan pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan dan mendirikan ibukota baru di sana. Pada tahun 1526 Portugis telah menghancurkan Bentan, dan Sultan kemudian melarikan diri ke Kampar,Sumatera, tempat dia meninggal dunia dua tahun kemudian. Puteranya Sultan Mudzaffar Shah I,Perak kemudian menjadi Sultan Perak yang pertama, sedangkan puteranya yang lain Sultan Alauddin Riayat Shah II mendirikan kerajaan baru iaitu Johor.
Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.














Beberapa Faktor menyebabkan Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka:
a)Faktor-Faktor dalaman:

 *Kelemahan Pemerintahan Melaka
 Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Bendahara Tun Mutahir.
 Semasa menjalankan tugasnya, Tun Mutahir bersikap pilih kasih.Oleh yang demikian timbul
 perasaan irihati di kalangan pembesar lain terhadap Bendara Tun Mutahir.Beliau telah difitnah 
 cuba mengatasi kekayaan Sultan Melaka.Sultan Mahmud Shah amat murka dan tanpa usul      baginda telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir dan keluarganya.Apabila 
 Sultan Mahmud Shah menyedari akan kesilapannya baginda menyerahkan pemerintahan 
 negerinya kepada Puteranya Raja Ahmad untuk menjadi sultan Melaka.Sultan Ahmad Shah                merupakan seorang pemerintah yang tidak cekap dan lemah.Pengganti bendahara Tun Mutahir            iaitu Bendahara Tun Pepatih Putih pula merupakan seorang yang uzur.Oleh yang                                  demikian,pentadbiran Melaka menjadi semakin lemah disebabkan tiada pemimpin yang                      berwibawa.Amalan rasuah dan fitnah - memfitnah berlaku secara berleluasa.Sistem cukai yang            sedia ada pula tidak diamalkan.Kadar cukai yang tinggi menyebabkan pedagang memilih                    pelabuhan lain seperti Acheh dan Patani untuk berniaga kerana cukainya yang lebih rendah.

*Masalah Perpaduan
 Pelantikan Tun Mutahir sebagai bendahara melaka telah menimbulkan semula persaingan antara         orang melayu dengan orang india-muslim untuk mendapatkan pengaruh. Persaingan ini                       berpunca daripada amalan pilih kasih dalam pentadbirannya. Sebagai contoh,konflik perebutan           pengaruh antara laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir dan peristiwa Raja Mendeliar               yang menftnah Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan Sultan. Ini menyebabkan Sultan telah               membunuh Tun Mutahir dan ahli keluarganya tanpa usul periksa.Kesannya rakyat telah                       berpecah belah dan tidak bersatu padu.Keadaan ini telah menjejaskan keutuhan kerajaan serta             kegiatan perdagangan di Melaka.
      
  *Kelemahan Askar Melaka
 Semasa menhadapi serangan portugis askar melaka telah menggunakan senjata tradisional          contonhnya perisai,keris dan panah, walaupun mereka mempunyai senjata seperti senapang dan          meriam tetapi senjata yang digunakan oleh askar portugis adalah lebih baik contohnya meriam            yang digunakan oleh askar portugis boleh menembak jarak yang jauh.Selain itu,askar Portugis lebih
 terlatih daripada askar Melaka sertamendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa.Askar-
 askar upahan Melaka dari Jawa pula telah melarikan diri semasa portugis meyerang  Melaka.Akibatnya askar Portugis dapat menawan Melaka.

*Pegangan Agama yang Lemah
Walaupun agama islam menjadi penganutan dan penyebaran utama di Melaka,namun pegangan dan penghayatan agama semakin runtuh dalam kalangan pembesar.Ini menyebakan rakyat semakin berkurang dan tidak dihayati dengan sempurna.Kesan ini semakin meningkat dan menyebabkan berlaku perkara seperti kezaliman,ketidakadilan dan penindasan terhadap rakyat.Dengan ini,memnigkatlah kegiatan rasuah dalam kalangan pembesar secara berleluasa. 

       
b)Faktor-Faktor Luaran:

*Penemuan Tanjung Pengharapan
Aktiviti penjelajahan oleh masyarakat Eropah ke Timur dengan penemuan Tanjung Pengharapan       pada tahun 1488 menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula berminat dengan tapak-tapak perdagangan     di Timur.Pelayar-pelayar Portugis juga mendapat galakan daripada Raja Portugal,iaitu Putera             Henry.Keinginan Portugis untuk menguasai pelabuhan Melaka atas faktor memonopoli dagangan       rempah,menyekat penguasaan dagangan pedagang-pedagang Islam dan menyebarkan agama               Kristian.                                    

 *Pengkhianatan dalam kalangan Pembesar
Dalam pentadiran banyak yang berlaku antaranya pengkhianatan juga.Ini memberikan kesan yang amat buruk untuk pemtadbiran kerajaan Melaka.Pengkhianatan berlaku disebabkan pembesar yang tidak mempunyai rasa cinta negara.Seperti dikatakan,pembesar yang membuatkan pengkhianatan itu tersebut ialah Utimutiraja.Beliau seorang pemimpin Jawa yang membelot  dengan askarnya bagi pihak Portugis.Dengan ini juga,berlakunya perisikan dan intipan yang dilakukan oleh pihak Portugis sehingga pelan pertahanan Melaka dapat diketahui oleh pihak Portugis.Ini menyebabkan kerajaan Melaka semakin runtuh.

*Portugis menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511
Dalam serangan pertama Melaka menewaskan Portugis walaubagaimanapun Protugis tidak menyerah kalah dan membuat serangan kali kedua dengan sistematik menyebabkan kota Melaka diserang oleh Portugis.Serangan kali kedua diketuai oleh Alfonso deAlbuquerque dengan angkatannya yang terdiri daripada 1400 orang tentera dan 19 buah kapal perang menyebabkan Melaka dikalahkan.



Berlaku peperangan  antara Portugis dan Melaka

   
















 *Peristiwa Selepas Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Selepas 10 hari permintaan pihak Portugis untuk membina markas portugis di melaka telah ditolak oleh Sultan Mahmud Shah,pihak portugis yang diketahui oleh Alfonso de Albuquerque telah berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogas.Oleh itu,Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang yang dimana percubaanya untuk mendapat pertolongan mendapat pertolongan dari negara China telah gagal.


Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.Akhirnya,Sultan Mahmud shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.

*Pengajaran
Negara Malaysia hendaklah menjalankan hubungan diplomatik bersama negara-negara lain untuk mengukuhkan kestabilan politik negara.Selain itu,Pegawai-pegawai kerajaan perlulah bekerja dengan bijak dan jujur dalam pemerintahan agar tiada persengketaan antara rakyat dan pembesar.Seterusnya, Elakkan sikap berpuak-puak dalam menjalankan pentadbiran negara serta fitnah melampau seperti zaman Kesultanan Melayu Melaka yang menjerumus kepada kejatuhan sesebuah kerajaan.Selain itu,Kita hendaklah mencontohi sikap kepimpinan para pemimpin Melaka seperti Sultan Muzaffar Shah, Tun Perak dan Bendahara Tun Ali dan banyak lagi untuk mencapai kejayaan sesebuah negara.Akhinya,Kita hendaklah sentiasa berhati hati dalam menjalinkan hubungan dengan kerajaan luar yang mempunyai niat jahat terhadap Negara kita.Selain itu,Sifat berusaha dan semangat nasionalisme perlu ada dalam diri setiap pemimpin Negara agar Negara tidak akan ditawan dengan mudah,contohi sifat Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud yang pada awalnya berundur setelah diserang Portugis akan tetapi mereka tetap berusaha dengan pelbagai cara untuk merampas kembali kerajaan Melaka dari tangan Portugis.Sifat pemimpin ini yang harus dipuji dan dipraktikkan oleh pemimipin sekarang.


*Kesan -kesan kejatuhan kesultanan Melayu Melaka

Antara kesan peninggalan penjajah Portugis hingga ke hari ini ialah kewujudan masyarakat,akibatperkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan , pengenalan tulisan rasmi kepada  masyarakat melayu , kewujudan perkataan yang berasal dari bahasa Portugis (seperti palsu , almari , jendela , garpu dan tuala) kesan yang penting ialah kejatuhan kesultanan melayu melaka dan membawa kepada kemunculan kerajaan melayu-Riau, namun pengaruhnya tidak berkesan.Seterusnya,Albuquerque membina sebuah kota di Melaka yang diberi nama Kota A‟Famosa. Portugis dengan segera menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang Pegu, Jawa, Hindu,Cina, Siam dan juga penduduk dari Sumetera.


 *Rujukan
(1)Buku teks Sejarah tingkatan 1.
(2)Buku teks Pengajian Malaysia.
(3)https://www.youtube.com/watch?v=gtKXBtoN5Gk
(4)http://pakcikli00.wordpress.com

*Kesimpulan
Usaha mempertahankan kedaulatan bangsa yang ditunjukan oleh Sultan Mahmud Shah serta rakyat Melaka merupakan perjuangan yang wajar disanjung.Rakyat yang sanggup berkorban mempertahankan bangsa dan negaranya ialah yang sejati.Disamping itu,kita mestilah mengambil iktibar tentang kejatuhan Melaka di tangan Portugis supaya peristiwa pahit ini tidak akan berulang lagi.


 *Ahli-ahli kumpulan


(1)Prashantan a/l Manohar (16DKM16F1096)
(2)Maatesh a/l Sivalingam (16DKM16F1094)
(3)Sivananthan a/l Subramanian(16DKM 16F1999)
(4)Sanjeswaran a/l Sangaran(16DKM16F1109)